Puding Karamel
Puding Karamel Oleh MyResipi Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit Hidangan: 1 Orang Puding gula hangus. Kali pertama buat ni.. Bahan-bahan diperlukan: 400cc (400ml) susu segar/susu cair 5 sudu besar gula halus 3 biji telur - pada suhu bilik 2 biji telur kuning - pada suhu bilik 2-3 titik esen vanila (Karamel) 5 sudu besar gula 2 sudu besar air Cara menyediakan dan memasak: Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih. Dengan susu yang masih panas lagi, masukka...