Postingan

Menampilkan postingan dengan label Resipi

Bihun Sup

Gambar
Cara membuat sangat mudah, tapi memang sedap, puas hati.. : ) Bahan-bahan diperlukan: Bihun untuk 2 orang makan 2 ketul ayam (bahagian berisi) 1 pokok sawi Segenggam taugeh Daun bawang dipotong halus Daun sup dipotong halus Segenggam bawang goreng 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih Seinci halia 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 3 kuntum bunga cengkih Rempah sup Rempah kurma Garam Serbuk pati ayam 6 biji cili padi 1 biji limau nipis (diambil jusnya) Kicap pekat manis Minyak untuk menumis Air Cara menyediakan dan memasak: Rendam bihun dalam bekas berisi air  Tumbuk 2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih & halia  Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan tumbuk tadi bersama kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih  Setelah bahan2 tumis kelihatan perang, masukkan ayam dan gaul2kan sehingga kulit ayam kelihatan sedikit perang  Setelah itu, masukkan air secukupnya  Setelah air menggelegak...

Nasi Goreng Petai

Gambar
Bagaimana cara nak masak Nasi Goreng Petai? Bahan-bahan diperlukan: 2 mangkuk nasi sejuk (Diperoi)  10 biji cili api  3 biji cili merah  1 inci belacan (Sekiranya suka)  2 biji bawang merah  2 ulas bawang putih  (Semua cili api, cili merah, belacan, bawang merah & bawang putih ditumbuk bersama) 1 papan petai (Diambil isi)  100 g udang (Dibuang kulit)  100 g sotong (Dipotong kecil)  100 g kacang panjang (Dipotong pendek)  1 batang lobak merah (Dipotong dadu)  2 sudu makan minyak masak  Garam secukup rasa Cara menyediakan dan memasak: Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga  wangi  Masukkan petai, udang, sotong, kacang panjang, lobak merah, dan  garam.  Masakkan sehingga lobak merah lembut.  Masukkan nasi dan kacau rata.  Angkat nasi dan sedia dihidangkan.

Sos Lada Hitam (Black Pepper Sauce)

Gambar
Resepi dari kakak ipar yang pernah duduk US..sedap di makan dengan chicken chop, kentang goreng, nugget, bebola. Bahan-bahan diperlukan: 2 sudu mentega 1 1/2 sudu tepung gandum Sebiji bawang besar (potong dadu) Sebiji tomato (potong dadu) Seketul kiub ayam Knors 2 cawan air Sedikit kicap pekat Sedikit sos cili/sos tomato Garam dan gula secukup rasa 1 sudu lada hitam (tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera Tepung jagung (jika perlu) Cara menyediakan dan memasak: Cairkan mentega dengan api kecil. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi. Masukkan kiub ayam dan kacau. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili (amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN, jangan sampai hitam sangat, agak-agak kecoklatan dah cukup. Nanti tak cantik bila dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam. Masukk...

Ayam Goreng Berempah Serai

Gambar
Lagi sedap hingga ke keraknya! ;) Bahan-bahan diperlukan: 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana) Bahan2 dikisar bersama:- 6 ulas bawang putih 7 ulas bawang merah 2 inci halia 3 batang serai (yang besar) 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa) 2 sb serbuk kari daging 1/2 sk serbuk jintan putih 1/2 sk serbuk jintan manis 1/2 sk serbuk ketumbar 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe) garam dan aji secukupnye 3 tangkai daun kari Minyak yang menggoreng Cara menyediakan dan memasak: Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja! Selamat mencuba! ;)

Jeruk Mangga Asam Boi

Gambar
Assalamualaikum wbt.. Jeruk mangga asam boi dah jadi satu fenomena baru sekarang ni. Rata2 bercerita pasal JMAB. Baru tengok gambar je dah boleh melelehkan air liur kita, apatah lagi kalau dah ada kat depan mata... Bagi sesiapa yang teringin nak buat sendiri JMAB ni, silakanlah.. Bahan2 1) Mangga muda (boleh juga digantikan dengan epal, betik, jambu batu dll) 2) Gula (lebihkan pun tak apa) 3) Secubit garam 4) Asam Boi 5) Cili Senang jer kan bahan2nya... siapa2 yang memang ada tanam pokok mangga kat depan rumah tu, silalah petik sekarang.. kalau korang taknak buat pun takper, mangga tu korang bagi kat admin pun takper.. hahaha!

Puding Buah Berkuah

Gambar
Assalamualaikum wbt.. Hari ni admin nak bagi resepi puding buah berkuah. Memang sedap sangat. Tak percaya, cubalah... Bahan2 : 1) 1/2 cawan tepung kastard (kalau tak suka kuah pekat, boleh kurangkan tepung kastad.. tapi kalau suka kuah pekat, boleh juga lebihkan tepung kastad.. admin suka kuah pekat.. rasa macam makan yogurt pulak.. hehe) 2) 1 tin susu cair 3) 1 cawan Susu segar 4) 1 cawan gula (kalau tak suka manis bolehla kurangkan gula tu) 5) Esen vanilla 6) Buah-buahan (strawberry, anggur merah, anggur hijau dll - ikut citarasa) 7) Sumi Jelly 8) Koktel dalam tin Cara2 : Campurkan susu cair dan gula dalam periuk. Tepung kastad dibancuh dengan 2 cawan air (anggaran) agar tidak berketul ketul. Kemudian masak atas api sehingga kuah menjadi likat. Campurkan susu segar dan esen vanilla. Apabila kuah likat, bermakna tepung kastad tadi dah cukup masak. Matikan api dan sejukkan kuah tadi. Buah2an, sumi, koktel dimasukkan kedalam bekas.. kemudian curah kuah yang telah se...

Puding Karamel

Gambar
Puding Karamel Oleh MyResipi Kategori:   Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih Masa Penyediaan:   0 Jam 0 Minit Hidangan:   1 Orang Puding gula hangus. Kali pertama buat ni.. Bahan-bahan diperlukan: 400cc (400ml) susu segar/susu cair 5 sudu besar gula halus 3 biji telur - pada suhu bilik 2 biji telur kuning - pada suhu bilik 2-3 titik esen vanila (Karamel) 5 sudu besar gula 2 sudu besar air Cara menyediakan dan memasak: Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih. Dengan susu yang masih panas lagi, masukka...

Ikan Keli Goreng Berlada

Gambar
Ikan Keli Goreng Berlada Oleh Chef Hanieliza 1 Kategori:   Nusantara, Masakan Melayu Masa Penyediaan:   0 Jam 30 Minit Hidangan:   2 Orang Bagaimana cara nak masak Ikan Keli Goreng Berlada? Bahan-bahan diperlukan: 2 ekor ikan keli  Sedikit serbuk kunyit  5 biji cili merah  10 biji cili api 3 ulas bawang putih  5 biji bawang merah ( Semua cili merah, cili api, bawang putih & bawang merah dikisar kasar) 2 sudu makan jus limau kesturi  1 kuntum bunga kantan (Dibelah 2 dan dihiris halus)  1 cawan minyak masak  ½ sudu teh gula  Garam secukup rasa Cara menyediakan dan memasak: Bersihkan ikan keli kemudian kelar rapat-rapat. Gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.  Panaskan minyak masak dan gorengkan sehingga agak garing.  Ketepikan.  Tinggalkan separuh minyak dan tumiskan bahan yang dikisar kasar  sehingga pecah minyak.  Masukkan jus limau, bunga kantan, gula...

Asam Pedas Ayam

Gambar
Asam Pedas Ayam Oleh Chef Hanieliza 2 Kategori:   Nusantara, Masakan Melayu Masa Penyediaan:   0 Jam 30 Minit Hidangan:   4 Orang Bagaimana cara nak masak Asam Pedas Ayam? Bahan-bahan diperlukan: 1 kg ayam (Dipotong kecil)  3 batang serai (Diketuk)  10 tangkai cili kering         10 biji bawang merah  3 ulas bawang putih  1 inci halia  3 biji buah keras  1 inci belacan  (Sekiranya suka) (Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, buah keras dan belacan dikisar bersama) 1 cawan air asam jawa  2 cawan air  7 tangkai daun kesum  2 biji tomato (Dibelah 4)  2 pokok daun ketumbar  (Dipotong pendek)  3 sudu makan minyak masak  Garam secukup rasa Cara menyediakan dan memasak: Panaskan minyak masak dan tumiskan serai dan bahan yang dikisar sehingga garing.  Masukkan ayam dan biarkan sehingga pecah minyak.  Masukkan air asam j...

Cara Buat Tart Keju Yang Mengiurkan!

Gambar
Cara Buat Tart Keju Yang Mengiurkan! Oleh MyResipi Kategori:   Nusantara Masa Penyediaan:   1 Jam 1 Minit Hidangan:   1 Orang Cara mudah untuk menyediakan tart keju untuk hidangan 2 orang. Bahan-bahan diperlukan: 200g mentega 2 biji telur 300g tepung gandum 50g krim pekat 50g susu cair 1 sudu gula 100g krim keju Cara menyediakan dan memasak: Campurkan tepung, mentega dan telur dan GAUL! GAUL! GAUL! GAUL! sehingga sebati. Tekap acuan pada doh yang sudah diuli  Campurkan seafood ke dalam adunan tadi Bakar 15 minit

Ayam Goreng Berempah Serai...

Gambar
Ayam Goreng Berempah Serai... Oleh MyResipi Kategori:   Resipi Ringkas, Menu Alam Masa Penyediaan:   0 Jam 0 Minit Hidangan:   Orang Lagi sedap hingga ke keraknya! ;) Bahan-bahan diperlukan: 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana) Bahan2 dikisar bersama:- 6 ulas bawang putih 7 ulas bawang merah 2 inci halia 3 batang serai (yang besar) --------------------------------------- 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa) 2 sb serbuk kari daging 1/2 sk serbuk jintan putih 1/2 sk serbuk jintan manis 1/2 sk serbuk ketumbar 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe) garam dan aji secukupnye 3 tangkai daun kari Minyak yang menggoreng Cara menyediakan dan memasak: Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng. Masukkan ayam satu per satu dan go...

Kuih Talam Berlauk

Gambar
Bagaimana cara nak masak Kuih Talam Berlauk? Bahan-bahan diperlukan: Bahan A 1 cawan tepung beras  2 sudu makan tepung ubi  2 sudu makan tepung gandum  3 cawan santan  ½ sudu teh garam  Sedikit minyak (Bagi disapu pada loyang) Bahan B ½ ketul keladi (Dipotong dadu)  2 sudu makan udang kering Bahan C (Hiasan) 2 biji cili merah (Dicencang)  ½ cawan bawang goreng  1 pokok daun sup dan daun bawang (Diracik) Cara menyediakan dan memasak: Panaskan air di dalam pengukus dan sapukan minyak pada loyang 8 inci.  Rebus keladi sehingga lembut dan tuskan.  Campurkan semua bahan A kecuali minyak dan tapiskan ke dalam mangkuk.  Masukkan bahan B ke dalam mangkuk tadi dan gaulkan rata.  Tuangkan adunan perlahan-lahan ke dalam loyang yang sudah diletakkan dalam kukusan.  Kukuskan adunan selama 30 minit.  Sejukkan selama beberapa jam.  Potong kuih dan taburkan bahan hiasan.  Sedia d...

Kuih Koleh Kacang

Gambar
Bagaimana cara nak masak Kuih Koleh Kacang? Bahan-bahan diperlukan: Bahan A 1 cawan tepung kacang hijau  ½ cawan gula pasir  1 sudu makan gula merah  2 cawan santan pekat (½ biji kelapa) Bahan B (Serdak minyak) 1 cawan santan pekat (½ biji kelapa) Cara menyediakan dan memasak: Gaul rata semua bahan A dan tapiskan ke dalam kuali.  Masakkan adunan menggunakan api sederhana sehingga pekat dan berkilat.  Tuangkan adunan ini ke dalam loyang bersaiz 8 inci x 8 inci yang dilapikkan plastik, kemudian sejukkan.  Tapiskan bahan B ke dalam kuali dan masakkan sehingga pecah minyak dan berwarna coklat.  Taburkan ke atas kuih dan potongkan.  Sedia dihidangkan.

Udang Masam Manis

Gambar
Bagaimana cara nak masak Udang Masam Manis? Bahan-bahan diperlukan: 500 g udang saiz sederhana  3 biji bawang merah  2 ulas bawang putih   1 biji cili merah   1 biji cili hijau (Bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili hijau dikisar bersama)  1 biji tomato (Dibelah 4)  1 labu bawang besar  (Dipotong bulat)  5 sudu makan sos tomato  5 sudu makan sos cili  ½ cawan air  1 sudu teh gula  Garam secukup rasa  Minyak masak secukupnya Cara menyediakan dan memasak: Basuh udang kemudian tuskan.  Gaulkan garam dengan udang dan gorengkan sehingga masak. Ketepikan.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi.  Masukkan udang, tomato, bawang besar, sos tomato, sos cili, gula, dan air. Kemudian kacau rata.  Tutup api dan hidangkan.

Banger & Mash Untuk Kaki Makan Western

Gambar
Untuk peminat makanan western. Korang wajib try buat ni! Serious sedap! Bahan-bahan diperlukan: Bahan A: Kentang Sosej Cendawan Bawang  Minyak menggoreng Bahan B: Krim masakkan Garam Lada hitam Majerin 2 inci Cara menyediakan dan memasak: Rebus kentang sehingga empuk (15-20minit)  Masukkan semua bahan B krim masakan, Garam 2 cubit (sesedap rasa), Lada hitam 2 cubit (sesedap rasa), Majerin 2 inci Lenyek kentang sehingga sebati dengan semua bahan. Goreng sosej sehingga keemasa. Tumis Cendawan sehingga bertukar warna kekuninggan dan campurkan dengan krim. Masukkan 2 cubit lada sulah dan garam (sesedap rasa) ke dalam tumisan cendawan Tumis bawang dan sedikit air.  SIAP! Sedia untuk dihidang. **Jangan tumis cendawan sehingga hangit, nanti hilang kemanisan dia! myresipi.com

Onde-Onde Keledek Manja

Gambar
Bagaimana cara nak masak Onde-Onde Keledek Manja? Bahan-bahan diperlukan: 1 biji keledek (Dibuang kulit dan dipotong kecil) 2 cawan tepung pulut  ½ - 1 cawan air 2 ketul gula melaka (Dipotong dadu kecil)  2 cawan kelapa parut muda  Sedikit garam Cara menyediakan dan memasak: Rebus keledek sehingga lembut dan lecekkan sehingga hancur.  Ayakkan tepung pulut ke dalam mangkuk. Masukkan keledek yang dilecekkan dan sedikit garam.  Tambahkan air sedikit demi sedikit dan gaul rata menjadi doh yang lembut.  Ambil sedikit doh dan bentukkan seperti bebola kecil.  Leperkan bagi meletakkan gula melaka di tengahnya. Bentukkan menjadi bebola kecil semula.  Didihkan air dalam periuk dan masukkan doh bebola. Biarkan sehingga doh bebola timbul.  Angkat menggunakan senduk berlubang dan golekkan di atas kelapa parut yang sudah digaulkan dengan garam.  Sedia dihidangkan.