Kuih Koleh Kacang
Bagaimana cara nak masak Kuih Koleh Kacang?
Bahan-bahan diperlukan:
Bahan A
- 1 cawan tepung kacang hijau
- ½ cawan gula pasir
- 1 sudu makan gula merah
- 2 cawan santan pekat (½ biji kelapa)
Bahan B (Serdak minyak)
- 1 cawan santan pekat (½ biji kelapa)
Cara menyediakan dan memasak:
- Gaul rata semua bahan A dan tapiskan ke dalam kuali.
- Masakkan adunan menggunakan api sederhana sehingga pekat dan berkilat.
- Tuangkan adunan ini ke dalam loyang bersaiz 8 inci x 8 inci yang dilapikkan plastik, kemudian sejukkan.
- Tapiskan bahan B ke dalam kuali dan masakkan sehingga pecah minyak dan berwarna coklat.
- Taburkan ke atas kuih dan potongkan.
- Sedia dihidangkan.
Komentar
Posting Komentar