Postingan

Entri yang Diunggulkan

Bihun Sup

Gambar
Cara membuat sangat mudah, tapi memang sedap, puas hati.. : ) Bahan-bahan diperlukan: Bihun untuk 2 orang makan 2 ketul ayam (bahagian berisi) 1 pokok sawi Segenggam taugeh Daun bawang dipotong halus Daun sup dipotong halus Segenggam bawang goreng 3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih Seinci halia 1 batang kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 3 kuntum bunga cengkih Rempah sup Rempah kurma Garam Serbuk pati ayam 6 biji cili padi 1 biji limau nipis (diambil jusnya) Kicap pekat manis Minyak untuk menumis Air Cara menyediakan dan memasak: Rendam bihun dalam bekas berisi air  Tumbuk 2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih & halia  Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan tumbuk tadi bersama kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih  Setelah bahan2 tumis kelihatan perang, masukkan ayam dan gaul2kan sehingga kulit ayam kelihatan sedikit perang  Setelah itu, masukkan air secukupnya  Setelah air menggelegak, masukkan rempah sup ke

Nasi Goreng Petai

Gambar
Bagaimana cara nak masak Nasi Goreng Petai? Bahan-bahan diperlukan: 2 mangkuk nasi sejuk (Diperoi)  10 biji cili api  3 biji cili merah  1 inci belacan (Sekiranya suka)  2 biji bawang merah  2 ulas bawang putih  (Semua cili api, cili merah, belacan, bawang merah & bawang putih ditumbuk bersama) 1 papan petai (Diambil isi)  100 g udang (Dibuang kulit)  100 g sotong (Dipotong kecil)  100 g kacang panjang (Dipotong pendek)  1 batang lobak merah (Dipotong dadu)  2 sudu makan minyak masak  Garam secukup rasa Cara menyediakan dan memasak: Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga  wangi  Masukkan petai, udang, sotong, kacang panjang, lobak merah, dan  garam.  Masakkan sehingga lobak merah lembut.  Masukkan nasi dan kacau rata.  Angkat nasi dan sedia dihidangkan.

Sos Lada Hitam (Black Pepper Sauce)

Gambar
Resepi dari kakak ipar yang pernah duduk US..sedap di makan dengan chicken chop, kentang goreng, nugget, bebola. Bahan-bahan diperlukan: 2 sudu mentega 1 1/2 sudu tepung gandum Sebiji bawang besar (potong dadu) Sebiji tomato (potong dadu) Seketul kiub ayam Knors 2 cawan air Sedikit kicap pekat Sedikit sos cili/sos tomato Garam dan gula secukup rasa 1 sudu lada hitam (tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera Tepung jagung (jika perlu) Cara menyediakan dan memasak: Cairkan mentega dengan api kecil. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang. Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi. Masukkan kiub ayam dan kacau. Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili (amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN, jangan sampai hitam sangat, agak-agak kecoklatan dah cukup. Nanti tak cantik bila dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam. Masukk

Ayam Goreng Berempah Serai

Gambar
Lagi sedap hingga ke keraknya! ;) Bahan-bahan diperlukan: 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana) Bahan2 dikisar bersama:- 6 ulas bawang putih 7 ulas bawang merah 2 inci halia 3 batang serai (yang besar) 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa) 2 sb serbuk kari daging 1/2 sk serbuk jintan putih 1/2 sk serbuk jintan manis 1/2 sk serbuk ketumbar 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe) garam dan aji secukupnye 3 tangkai daun kari Minyak yang menggoreng Cara menyediakan dan memasak: Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja! Selamat mencuba! ;)

Jeruk Mangga Asam Boi

Gambar
Assalamualaikum wbt.. Jeruk mangga asam boi dah jadi satu fenomena baru sekarang ni. Rata2 bercerita pasal JMAB. Baru tengok gambar je dah boleh melelehkan air liur kita, apatah lagi kalau dah ada kat depan mata... Bagi sesiapa yang teringin nak buat sendiri JMAB ni, silakanlah.. Bahan2 1) Mangga muda (boleh juga digantikan dengan epal, betik, jambu batu dll) 2) Gula (lebihkan pun tak apa) 3) Secubit garam 4) Asam Boi 5) Cili Senang jer kan bahan2nya... siapa2 yang memang ada tanam pokok mangga kat depan rumah tu, silalah petik sekarang.. kalau korang taknak buat pun takper, mangga tu korang bagi kat admin pun takper.. hahaha!

Puding Buah Berkuah

Gambar
Assalamualaikum wbt.. Hari ni admin nak bagi resepi puding buah berkuah. Memang sedap sangat. Tak percaya, cubalah... Bahan2 : 1) 1/2 cawan tepung kastard (kalau tak suka kuah pekat, boleh kurangkan tepung kastad.. tapi kalau suka kuah pekat, boleh juga lebihkan tepung kastad.. admin suka kuah pekat.. rasa macam makan yogurt pulak.. hehe) 2) 1 tin susu cair 3) 1 cawan Susu segar 4) 1 cawan gula (kalau tak suka manis bolehla kurangkan gula tu) 5) Esen vanilla 6) Buah-buahan (strawberry, anggur merah, anggur hijau dll - ikut citarasa) 7) Sumi Jelly 8) Koktel dalam tin Cara2 : Campurkan susu cair dan gula dalam periuk. Tepung kastad dibancuh dengan 2 cawan air (anggaran) agar tidak berketul ketul. Kemudian masak atas api sehingga kuah menjadi likat. Campurkan susu segar dan esen vanilla. Apabila kuah likat, bermakna tepung kastad tadi dah cukup masak. Matikan api dan sejukkan kuah tadi. Buah2an, sumi, koktel dimasukkan kedalam bekas.. kemudian curah kuah yang telah se

Cara Membuat Ayam Goreng KFC Super Renyah (Resep Anti Gagal)

Gambar
Bingung mau masak apa? Pastikan Anda Berlangganan Resep untuk mendapatkan tips & resep-resep masakan enak, mudah, dan praktis setiap harinya. Melihat ayam goreng KFC dan McDonald, siapa sih yang tidak penasaran ingin mengetahui bagaimana cara membuat ayam goreng serenyah itu… Kunci dalam membuat ayam goreng ala KFC ini adalah pada tepung dan proses pembuatannya. Sangat disarankan menggoreng dengan  Panci Deep Fryer 2 in 1  dan menggunakan minyak yang banyak (deep fried) agar ayamnya tergoreng merata dan renyah. Nah, sekarang dikutip melalui blog Ibu Muda Bijak (pernah ikut Master Chef Indonesia), Resep Koki berbagi resep lengkapnya agar tepungnya dapat mengembang renyah. Berikut adalah resep komplit dan cara pembuatan ayam goreng KFC yang tepat. Yuk, mari kita simak…  (Baca perlahan agar tidak ada yang tertinggal) . Bahan: 1 kg ayam, potong-potong 1 sdt bubuk bawang putih 1 sdt lada halus 1/4 sdt bubuk cabe merah kering 1/2 sdt garam halus Minyak untuk menggor