Nasi Goreng Petai

Bagaimana cara nak masak Nasi Goreng Petai?

Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 mangkuk nasi sejuk (Diperoi) 
  • 10 biji cili api 
  • 3 biji cili merah 
  • 1 inci belacan (Sekiranya suka) 
  • 2 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
    (Semua cili api, cili merah, belacan, bawang merah & bawang putih ditumbuk bersama)
  • 1 papan petai (Diambil isi) 
  • 100 g udang (Dibuang kulit) 
  • 100 g sotong (Dipotong kecil) 
  • 100 g kacang panjang (Dipotong pendek) 
  • 1 batang lobak merah (Dipotong dadu) 
  • 2 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga 
    wangi 
  2. Masukkan petai, udang, sotong, kacang panjang, lobak merah, dan 
    garam. 
  3. Masakkan sehingga lobak merah lembut. 
  4. Masukkan nasi dan kacau rata. 
  5. Angkat nasi dan sedia dihidangkan.

Komentar

Entri Populer

Cara Membuat Goreng Usus Ayam Crispy Gurih, Cara Membuat Usus Crispy

Kuih Koleh Kacang

Resep Dan Cara Membuat Nasi Goreng Rumahan Spesial Enak, Gurih, Simpel Dan Praktis