Postingan

Puding Karamel

Gambar
Puding Karamel Oleh MyResipi Kategori:   Pencuci Mulut / Minuman, Kuih-muih Masa Penyediaan:   0 Jam 0 Minit Hidangan:   1 Orang Puding gula hangus. Kali pertama buat ni.. Bahan-bahan diperlukan: 400cc (400ml) susu segar/susu cair 5 sudu besar gula halus 3 biji telur - pada suhu bilik 2 biji telur kuning - pada suhu bilik 2-3 titik esen vanila (Karamel) 5 sudu besar gula 2 sudu besar air Cara menyediakan dan memasak: Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih. Dengan susu yang masih panas lagi, masukka...

Ikan Keli Goreng Berlada

Gambar
Ikan Keli Goreng Berlada Oleh Chef Hanieliza 1 Kategori:   Nusantara, Masakan Melayu Masa Penyediaan:   0 Jam 30 Minit Hidangan:   2 Orang Bagaimana cara nak masak Ikan Keli Goreng Berlada? Bahan-bahan diperlukan: 2 ekor ikan keli  Sedikit serbuk kunyit  5 biji cili merah  10 biji cili api 3 ulas bawang putih  5 biji bawang merah ( Semua cili merah, cili api, bawang putih & bawang merah dikisar kasar) 2 sudu makan jus limau kesturi  1 kuntum bunga kantan (Dibelah 2 dan dihiris halus)  1 cawan minyak masak  ½ sudu teh gula  Garam secukup rasa Cara menyediakan dan memasak: Bersihkan ikan keli kemudian kelar rapat-rapat. Gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.  Panaskan minyak masak dan gorengkan sehingga agak garing.  Ketepikan.  Tinggalkan separuh minyak dan tumiskan bahan yang dikisar kasar  sehingga pecah minyak.  Masukkan jus limau, bunga kantan, gula...

Asam Pedas Ayam

Gambar
Asam Pedas Ayam Oleh Chef Hanieliza 2 Kategori:   Nusantara, Masakan Melayu Masa Penyediaan:   0 Jam 30 Minit Hidangan:   4 Orang Bagaimana cara nak masak Asam Pedas Ayam? Bahan-bahan diperlukan: 1 kg ayam (Dipotong kecil)  3 batang serai (Diketuk)  10 tangkai cili kering         10 biji bawang merah  3 ulas bawang putih  1 inci halia  3 biji buah keras  1 inci belacan  (Sekiranya suka) (Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, buah keras dan belacan dikisar bersama) 1 cawan air asam jawa  2 cawan air  7 tangkai daun kesum  2 biji tomato (Dibelah 4)  2 pokok daun ketumbar  (Dipotong pendek)  3 sudu makan minyak masak  Garam secukup rasa Cara menyediakan dan memasak: Panaskan minyak masak dan tumiskan serai dan bahan yang dikisar sehingga garing.  Masukkan ayam dan biarkan sehingga pecah minyak.  Masukkan air asam j...

Cara Buat Tart Keju Yang Mengiurkan!

Gambar
Cara Buat Tart Keju Yang Mengiurkan! Oleh MyResipi Kategori:   Nusantara Masa Penyediaan:   1 Jam 1 Minit Hidangan:   1 Orang Cara mudah untuk menyediakan tart keju untuk hidangan 2 orang. Bahan-bahan diperlukan: 200g mentega 2 biji telur 300g tepung gandum 50g krim pekat 50g susu cair 1 sudu gula 100g krim keju Cara menyediakan dan memasak: Campurkan tepung, mentega dan telur dan GAUL! GAUL! GAUL! GAUL! sehingga sebati. Tekap acuan pada doh yang sudah diuli  Campurkan seafood ke dalam adunan tadi Bakar 15 minit

Ayam Goreng Berempah Serai...

Gambar
Ayam Goreng Berempah Serai... Oleh MyResipi Kategori:   Resipi Ringkas, Menu Alam Masa Penyediaan:   0 Jam 0 Minit Hidangan:   Orang Lagi sedap hingga ke keraknya! ;) Bahan-bahan diperlukan: 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana) Bahan2 dikisar bersama:- 6 ulas bawang putih 7 ulas bawang merah 2 inci halia 3 batang serai (yang besar) --------------------------------------- 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa) 2 sb serbuk kari daging 1/2 sk serbuk jintan putih 1/2 sk serbuk jintan manis 1/2 sk serbuk ketumbar 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe) garam dan aji secukupnye 3 tangkai daun kari Minyak yang menggoreng Cara menyediakan dan memasak: Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng. Masukkan ayam satu per satu dan go...

Kuih Talam Berlauk

Gambar
Bagaimana cara nak masak Kuih Talam Berlauk? Bahan-bahan diperlukan: Bahan A 1 cawan tepung beras  2 sudu makan tepung ubi  2 sudu makan tepung gandum  3 cawan santan  ½ sudu teh garam  Sedikit minyak (Bagi disapu pada loyang) Bahan B ½ ketul keladi (Dipotong dadu)  2 sudu makan udang kering Bahan C (Hiasan) 2 biji cili merah (Dicencang)  ½ cawan bawang goreng  1 pokok daun sup dan daun bawang (Diracik) Cara menyediakan dan memasak: Panaskan air di dalam pengukus dan sapukan minyak pada loyang 8 inci.  Rebus keladi sehingga lembut dan tuskan.  Campurkan semua bahan A kecuali minyak dan tapiskan ke dalam mangkuk.  Masukkan bahan B ke dalam mangkuk tadi dan gaulkan rata.  Tuangkan adunan perlahan-lahan ke dalam loyang yang sudah diletakkan dalam kukusan.  Kukuskan adunan selama 30 minit.  Sejukkan selama beberapa jam.  Potong kuih dan taburkan bahan hiasan.  Sedia d...

Kuih Koleh Kacang

Gambar
Bagaimana cara nak masak Kuih Koleh Kacang? Bahan-bahan diperlukan: Bahan A 1 cawan tepung kacang hijau  ½ cawan gula pasir  1 sudu makan gula merah  2 cawan santan pekat (½ biji kelapa) Bahan B (Serdak minyak) 1 cawan santan pekat (½ biji kelapa) Cara menyediakan dan memasak: Gaul rata semua bahan A dan tapiskan ke dalam kuali.  Masakkan adunan menggunakan api sederhana sehingga pekat dan berkilat.  Tuangkan adunan ini ke dalam loyang bersaiz 8 inci x 8 inci yang dilapikkan plastik, kemudian sejukkan.  Tapiskan bahan B ke dalam kuali dan masakkan sehingga pecah minyak dan berwarna coklat.  Taburkan ke atas kuih dan potongkan.  Sedia dihidangkan.